Pemakanan yang baik sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dan seimbang. Aktiviti fizikal juga sama pentingnya, contoh yang mudah dilakukan seperti membuat kerja rumah harian, berjalan ke tempat berdekatan atau berkebun.
Piramid Aktiviti Fizikal adalah satu panduan yang mudah untuk membantu kita menjadi lebiha aktif secara fizikal setiap hari.Aktiviti yang disenaraikan pada piramid paling bawah adalah aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari ,dengan lebih kerap.Sebaliknya aktiviti pada piramid atas perlu dikurangkan atau dihadkan.
Aktiviti Piramid bawah- berjalan, mengemas rumah, berkebun, bersukan dan sebagainya
Aktiviti Piramid Atas- menonton TV, bermain game dan sebaginya.
Jika berat badan anda over weight atau berlebihan anda boleh cuba kaedah ini. Mulakan dengan aktiviti mudah seperti naik turun tangga, berkebun atau bersenam dengan cara yang betul atau beginner workout untuk menghapuskan lemak, membentuk berat badan yang ideal serta sihat.
Kemudian anda boleh beransur ansur kepada aktiviti regangan yang lebih mencabar ( ikut step by step ), berjalan pantas, senaman earobik dan berenang dan seterusnya bersukan seperti bermain badminton, berbasikal atau bolasepak.
Untuk menurunkan berat badan yang,aktiviti fizikal atau workout yang sederhana lebih daripada 30 minit setiap hari disarankan.
Untuk mencegah peralihan daripada lebih berat badan kepada obesiti,kira kira 45-60 minit diperlukan setiap hari.
Untuk mengekalkan berat badan dan mengelakkan penambahan semula berat badan di kalangan individu yang pernah menajdi obesiti, sejumlah 60-90 minit adalah diperlukan setiap hari.
Banyak manfaatnya jika anda mempunyai berat badan yang ideal serta sihat, dapat menurunkan paras tekanan darah, menurunkan paras kolestrol,menurunkan paras gula dalam darah serta mengurangkan tekanan pada sendi.
Telh terbukti bahawa aktiviti fizikal boleh melanjutkan jangka hayat anda tanpa mengira umur dan saiz badan.Ingatlah aktiviti fizikal bukan hanya aktiviti lasak yang menyebabkan anda tercungap cungap.Sebaliknya mulalah dengan aktiviti yang paling mudah dan paling asas. Pastikan senaman menjadi rutin anda serta aktiviti fizikal sebagai penting dalam hidup anda.
Sumber: Tips Gaya Hidup Sihat,Panduan Pemakanan Praktikal Untuk Keluarga,Bulan Pemakanan Malaysia.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment