Kehidupan Sihat Untuk Kurangkan Berat Badan

on 11 February 2014




               Pemakanan yang baik sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dan seimbang. Aktiviti fizikal juga sama pentingnya, contoh yang mudah dilakukan seperti membuat kerja rumah harian, berjalan ke tempat berdekatan atau berkebun.
           Piramid Aktiviti Fizikal adalah satu panduan yang mudah untuk membantu kita menjadi lebiha aktif secara fizikal setiap hari.Aktiviti yang disenaraikan pada piramid paling bawah adalah aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari ,dengan lebih kerap.Sebaliknya aktiviti pada piramid atas perlu dikurangkan atau dihadkan.

 Aktiviti Piramid bawah-  berjalan, mengemas rumah, berkebun, bersukan dan sebagainya

Aktiviti Piramid Atas- menonton TV, bermain game dan sebaginya.

        Jika berat badan anda over weight atau berlebihan anda boleh cuba kaedah ini. Mulakan dengan aktiviti mudah seperti naik turun tangga, berkebun atau bersenam dengan cara yang betul atau beginner workout untuk menghapuskan lemak, membentuk berat badan yang ideal serta sihat.
Kemudian anda boleh beransur ansur kepada aktiviti regangan yang lebih mencabar ( ikut step by step ), berjalan pantas, senaman earobik dan berenang dan seterusnya bersukan seperti bermain badminton, berbasikal atau bolasepak.
Untuk menurunkan berat badan yang,aktiviti fizikal atau workout yang sederhana lebih daripada 30 minit setiap hari disarankan.
Untuk mencegah peralihan daripada lebih berat badan kepada obesiti,kira kira 45-60 minit diperlukan setiap hari.
Untuk mengekalkan berat badan dan mengelakkan penambahan semula berat badan di kalangan individu yang pernah menajdi obesiti, sejumlah 60-90 minit adalah diperlukan setiap hari.

Banyak manfaatnya jika anda mempunyai berat badan yang ideal serta sihat, dapat menurunkan paras tekanan darah, menurunkan paras kolestrol,menurunkan paras gula dalam darah serta mengurangkan tekanan pada sendi.
Telh terbukti bahawa aktiviti fizikal boleh melanjutkan jangka hayat anda tanpa mengira umur dan saiz badan.Ingatlah aktiviti fizikal bukan hanya aktiviti lasak yang menyebabkan anda tercungap cungap.Sebaliknya mulalah dengan aktiviti yang paling mudah dan paling asas. Pastikan senaman menjadi rutin anda serta aktiviti fizikal sebagai penting dalam hidup anda.

Sumber: Tips Gaya Hidup Sihat,Panduan Pemakanan Praktikal Untuk Keluarga,Bulan Pemakanan Malaysia.
  
     

Jaga waktu Dinner Anda

on 10 February 2014








Waktu makan malam merupakan antara waktu makan yang penuh dengan cabaran, Kenapa ye? Ini kerana pada waktu makan malam jika anda terus makan sehingga 11 malam atau 12 tengah malam ,dengan konsep makanan yang berat, anda sememang bermasalah. Di cadangkan ambil makanan malam anda pada pukul 6 sehingga 7 malam sahaja. Kesilapan ramai rakyat Malaysia adalah makan diluar atau digerai atau di restoren dengan hidangan yang berat seperti nasi atau makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. Memang sedap menikmati makanan waktu malam, namun risiko untuk anda obesiti serta berpenyakit juga tinggi jika anda lewat memulakan makan malam anda. Kalau makan awal nanti saya lapar semula, Ya...memang akan terasa lapar ,namun isikan perut anda dengan makanan berbentuk buah-buahan atau serat yang tinggi seperti oat atau barli. Untuk lose weight anda perlu mendisiplin diri anda, semoga anda kurus tetapi sihat...

Tips Lose Weight Sewaktu Makan.

on 7 February 2014







Perasan atau tak, cara anda makan atau bagaimana anda makan boleh mempengaruhi berat badan anda. Tips mudah adalah makan dengan perlahan lahan.Kunyah sehingga makanan di dalam mulut anda habis.Jangan sulam dengan minuman. anda boleh lihat sendiri, makanan secara cepat boleh menyebabkan sistem menghadaman lambat menceranakan makanan. Bukan semua manusia sama dari segi sistem metabolisme.Jadi buat pilihan bijak,makanan di dalam pinggan anda tidak lari ke mana,memang la sedap, tetapi nikmatilah makanan anda. Di samping boleh menjadikan badan anda kurus dan menarik, ianya juga boileh memperbaiki penghadaman anda.Semoga bermakna

Tips untuk Lose Weight

on 4 February 2014

  
minuman dalam tin via link


Untuk kurus serta sihat, ada satu  nasihat atau tips dari pakar, jika anda cari di dalam u tube sebagai contohnya bukan sekadar workout to burn fat, sebaliknya terdapat banyak tips untuk menentang lemak. Untuk mendapatkan six pack abs sebenarnya memerlukan latihan yang berterusan serta satu tips penting. JANGAN AMBIL MINUMAN DALAM TIN, so simple. Minuman di dalam tin mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. sukar untuk anda kurus jika terus mengambil minuman bergula dalam kuantiti yang banyak. Tak percaya? memang sukar untuk dibuktikan namun dengan tiada sebarang khasiat di dalam minuman berkaborat dalam tin, kita mengundang obesiti serta diabetes yang semestinya sanagt berbahaya untuk kesihatan manusia

Fahami konsep kurus.

on 29 January 2014




Kesilapan paling besar bagi ramai manusia adalah ingin kurus dengan segera serta mesti mempunyai bentuk badan yang menarik. Lose weight perlu difahami dengan baik. Kurus bukan mesti kurus kering sebaliknya, sesuai dengan bentuk badan atau berat badan yang ideal dengan ketinggian badan yang sesuai. 


Terlalu banyak produk di pasaran sekarang yang berfokus kepada makanan kesihatan untuk menguruskan badan. amat dinasihati berhati-hati dengan produk kesihatan.Memang banyak yang berkualiti, namun terdapat juga produk kesihatan yang boleh memudaratkan anda. Kurus biarlah sihat, bukan menderita, bukan tidak makan pada waktu pengambilan makan, tetapi menghadkan pengambilan makanan.Biar sesuai dengan cara hidup serta memahami piramid makanan. Setakat ini dulu nanti kita sambung bicara.
 
© KurusSlim All Rights Reserved